October 26, 2009

Shalat Malaikat dan tasbih makhluk

Posted in Islam at 1:38 pm by puzian

images

`wahai Rasululullah! Dunia telah melarikan diri daripadaku sehingga tanganku menjadi kosong.`

maka berkata Rasulullah s.a.w `mengapa engkau tidak membaca shalatnya para malaikat, dan tasbihnya semua makhluk yang dengannya itu mereka semua diberikan rezeki?!`

`apa dia itu , duhai Rasullullah?`

`ucapkan Subhanallah Wa-bihamdihi Subhanallahil Azhiim!.. lalu beristighfar kepada Allah sebanyak 100 kali di masa antara terbit fajar dan masa engkau bersembahyang Subuh, kelak akan datang dunia kepadamu secara terpaksa dan tunduk, dan Allah menjadikan bagi setiap kalimat itu seorang Malaikat yang akan bertasbih kepadaNya higga ke hari Kiamat dan bagimu pahalanya pula (riwayat Bukhari).`

October 25, 2009

Wahai anak Adam!

Posted in Islam at 2:51 pm by puzian

Termidzi telah meriwayatkan Hadis marfuk kepada Nabi alaihis-shalatu wassalam marhumnya:

“Wahai anak Adam! Jika dosa-dosamu meningkat sampai ke paras lagit sekalipun, kemudian engkau datang memohon keampunan kepadaKu, niscaya Aku akan mengampunimu dan Aku tiada perduli…”

“Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepadaKu membawa dosa sepenuh bumi sekalipun, tetapi engkau tiada menyekutukanKu dengan sesuatu pun, niscaya Aku datang kepada mu membawa maghfirah sepenuh bumi juga dan Aku tidak perduli..”

“Wahai anak Adam! sesungguhnya selama engkau menyeruKu dan mengharapkanKu, tentu Aku akan mengampunimu terhadap kesalahanmu yang lalu dan Aku tidak peduli..”

November 3, 2007

Penghargaan Nabi kepada Sahabatnya

Posted in Islam, Kisah Sahabat Rasullah, Rasulullah at 12:33 pm by pantaran

“Perempuan yang paling kusayangi ialah Aisyah dan laki-laki yang kucintai ialah Ayahnya (Abu Bakar)”

“Kalau ada Nabi sesudahku, tentulah Umar Nabi itu”

“Kalau ada anak perempuan yang lain lagi, hai! Usman, tentu akan ku kahwini dengan mu”

“Saya kota ilmu, Ali ialah pintunya”

“Tiap Nabi ada Hawary, Hawaryku ialah Az-Zubair”

Ibnu Abbas diberinya gelar `Pendita Islam` dan didoakanya supaya ia dapat mengetahui rahsia Al-Quran.

“Akan kuutus kepadamu sahabat yang bernama Abu Ubaidah, orang yang paling dipercaya pada umat ini”

“Khalid adalah pedang Allah”

“Sayangilah Mu`awiyah hai Ummi Habibah, kerana kelak dia akan jadi orang besar Arab seluruhnya”

“Berangkatlah engkau ya! Amru ke medan perang, di sana engkau akan beroleh harta yang banyak.  Harta benda yang baik amat patut untuk laki-laki yang baik”

“Jika pengetahuan terletak di bintang Surya, anak Parsi (Salman Al-Farisi) akan sanggup mencapainya”

“Suruhlah Bilal azan, kerana suaranyalah yang lebih lantang”

“Siapa masuk rumah Abu Sufyan, mereka akan diberi keamanan”

“Kesihan Abu Zar, jalan sendiri, pergi sendiri, pulang sendiri dan hidup sendirian pula” hanya Abu Zar yang dibahasakan Nabi dengan `Khalili`, sejawatku, bahasa persahabatan yang setinggi-tingginya.

Dikutip dari buku Sejarah Umat Islam – Prof Dr. Hamka

November 1, 2007

Ya Allah, hinakanlah pembunuh Al-Husain!

Posted in Islam, Kisah Ahlul Bait, Rasulullah, Saiyidina Ali k.w.h at 12:55 pm by pantaran

Ketika umur Al-Husain genap satu tahun, dua belas Malaikat datang kepada Nabi s.a.w.  Salah satu dari mereka dalam bentuk singa. Kedua dalam bentuk lembu, ketiga ular besar, keempat sebagai manusia biasa, dan lapan  malaikat lainya dalam bentuk yang bermacam2.  Wajah mereka memerah dengan air mata yang mengalir sambil membentangkan sayap mereka berkata:

“wahai Muhammad, puteramu Al-Husain anak Fatimah akan mengalami apa yang dialami oleh Habil dari tangan Qabil.  Dia akan memperolehi pahala Habil sedangkan pembunuh-pembunuhnya akan memikul dosa seperti dosa Qabil”.

Tidak ada satu malaikat pun dilangit kecuali turun dan mendatangi Nabi, untuk mengucapkan salam kepada beliau dan menghiburnya atas musibah yang kelak akan menimpa Al-Husain a.s., seraya memberitahu kepada beliau pahala yang akan didapatinya dan memperlihatkan kepada Nabi tanah tempat Al-Husain a.s dibunuh.

Rasullah bersabda “Ya Allah, hinakanlah orang yang telah menghinakan Al-Husain. Bunuhlah mereka yang membunuhnya dan jangan Engkau kabulkan apa yang mereka inginkan”

Dikutip dari Kisah Sayidina Husain – Muhammad Syafiq Ramli

October 28, 2007

Rendahnya Dirimu dan Agama mu

Posted in Islam, Karbala, Kisah Ahlul Bait, Rasulullah, Saiyidina Ali k.w.h at 4:11 pm by pantaran

Setelah kematian Sayidina Husain a.s di peperangan Kerbala, kepala baginda dibawa mengadap Yazid di istana beliau.  Ketika ia mengadakan pesta minum-minuma arak dan meletakan kepala tersebut dihadapanya sambil menegguk minuman.

Seorang duta Kaisar Romawai dan para pembesar negeri itu ikut hadir pada acara tersebut.  Terjadinya dialog diantara duta tersebut dengan Yazid.

“Wahai penguasa Arab, kepala siapakah ini”?  tanya Duta Romawi

“Tidakkah kau tahu milik siapa kepala ini” ulas Yazid

“Tidak tahu” balas duta

“Inilah kepala Al-Husain bin Ali bin Thalib” sahut Yazid

“Siapakah nama ibunya?” tanya Duta Romawi itu lagi.

” Fatimah puteri Rasulullah” jawabnya

“Betapa rendahnya diri dan agamamu ini!” ujar Duta Romawi. “Agamaku jauh lebih baik daripada agamamu.  Ayahku termasuk keturunan Nabi Daud a.s melalui banyak generasi.  Orang-orang Nasrani selalu mengaggungkanku dan berebut mengambil tanah yang kupijak untuk mendapat berkat sebab aku masih keturunan Daud a.s  Tetapi kamu malah membunuh anak dari puteri Nabi kamu sendiri, padahal antara dia dan datuknya itu tidak ada pemisah kecuali seorang ibu sahaja.  Mudah-mudahan Allah tidak memberkati kamu dan agama kamu”

Yazid dengan geram berteriak “bunuh orang Nasrani ini, biar tidak mencoreng namaku di negerinya!”

Lalu si Nasrani berkata “Ketauhilah bahawa semalam aku bermimpi bertemu dengan Nabi kamu.  Kepadaku beliau bersabda, “Wahai Nasrani, engkau akan segera masuk syurga.”  Aku terkejut kehairanan mendengar kata-kata beliau itu.  Dan kini aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.”

Kemudian ia melompat ke tempat kepada Al-Husain a.s, lalu mendakap dan menciuminya sambil menangis sampai ia terbunuh.

November 25, 2006

Kemulian Nabi Muhammad S.A.W

Posted in 1 at 4:39 pm by pantaran

Saat Allah menciptakan Nabi Adam a.s serta menghembuskan roh ke tubuhnya, maka terbukalah kedua belah mata Nabi Adam a.s.  Lalu terpandang olehnya pintu-pintu syurga yang sangat indah lagi mempersona, dan disana termaktub tulisan yang berbunyi:

`La illahaillah, Muhammadur Rasullah` – Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah utusan Allah`

Nabi Adam a.s pun bertanya ` Ya Allah adakah Tuan memiliki makhluk lain yang lebih mulia dari hamba (Adam) disisi Tuan?`

Allah s.w.t berfirman: `Benar, wahai Adam! dia adalah anak cucumu, dan dia adalah nabi akhir zaman.  Aku akan mengutusnya dengan membawa mukjizat yang besar, dialah semulia-mulia utusan, dan ummatnya adalah semulia-mulia ummat!`

Saat Allah s.w.t menciptakan Hawa pula Nabi Adam a.s sangat terpikat denganya, dan nafsunya berlonjak-lonjk mengingininya lalu ia berkata:

`Ya Allah, kahwinkanlah Hamba dengannya!

Allah berfirman:`Boleh, tapi mana dia maskahwinya?

`Apakah maskahwinya? tanya Nabi Adam

`Bacalah selawat kepada Muhammad sebanyak seratus kali, maka Aku akan kahwinkan engkau dengan Hawa.`

Nabi Adam membaca selawat seratus kali, dan ia pun dikahwinkan dengan Hawa.

Hidayah…. Cerita dipetik dari buku Untaian Kisah Para Wali Allah

November 24, 2006

Alhamdulillah

Posted in Kisah dan Tauladan at 2:17 am by pantaran

Alhamdulillah hidayah.wordpress.com akhirnya terbina pada hari Jumaat 3 Zulkaedah 1427 sempena keberkatan hari Jumaat… semoga saya dan pengunjung laman ini sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah jua…